12 December 2014

KAMPUNG SUNGAI TANGKAS terletak berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bandar Baru Bangi. Kampung ini merupakan kawasan perkampungan Melayu. Pembangunan kawasan ini semakin rancak dengan penubuhan UKM pada tahun 1970. Selain itu, terdapat landasan kereta api yang melalui kawasan ini telah membawa pengembangan di kampung ini. Stesen komuter UKM telah dibina oleh pihak KTM bagi memudahkan mahasiswa UKM dan lain-lain institusi di Bandar Baru Bangi berulang-alik.


*sumber : Mr Google map :-)








Lihat sajalah fatamorgana yang tercipta disini,dengan berbekalkan kecantikkan yang asli,dengan panorama dikaki dan lereng penempatan tinggi,sudah tentu mampu mencipta momen yang indah untuk anak-anak disini  membesar.

pelbagai kemudahan yang dicipta bagi memudahkan penduduknya untuk menjalankan kehidupan seharian seperti sekolah,balai polis,klinik,tempat ibadat,dan sebagainya,



*berikut adalah antara kemudahan dan permandangan di Kampung Sungai Tangkas sepanjang lawatan kami ke sana :-)








                                                                                                               SEKOLAH









                                                            BALAI POLIS




                                                     KLINIK KESIHATAN

                                                 PENEMPATAN AWAM



                                                         TANGKI AIR SIMPANAN

                                  SISTEM KUMBAHAN





                                                 PUSAT KEAGAMAAN


                                                           PENAIKTARAFAN 




























IANYA  adalah sesebuah taman perumahan dibangunkan secara tradisi serta sempurna jika dinilai dari kedudukan serta keindahan landskapnya yang terletak diantara kehijauan alam dan ketenangan alam, manakan tidak anak-anak kecil mampu membesar dengan gelak tawa dalam kedamaian sebegini..Lantaran kecantikkannya dicipta diatas kerakusan manusia,maka terjadilah banyak permasalahan. Disebabkan pembangunan yang berasaskan kampung tradisi yang dari awal lagi tidak tersusun,maka munculah permasalahan dari segi infrastruktur dan saliran. Agak sukar rasanya  untuk disusun kembali bagi melengkapkan suatu  pembangunan yang lestari.


Lantaran Sungai Tangkas adalah Kampung Tradisi, maka banyak masalah timbul pabila berdepan dengan pembangunan yang tidak terancang. Misalnya  yang jalan sempit pabila  melalui bawah terowong keretapi (ktm), sering mengalami banjir pabila hujan sedikit lebat, termasuk banjir lumpur yang dilihat membusukkan lagi keadaan pabila alam diheret untuk menerima pembangunan yang tidak terancang, 

Bukan setakat itu sahaja,malah dengan kewujudan rumah tidak teratur seperti setinggan,berlaku kesesakan kerana jalan sempit tidak dapat menampung kenderaan keluar masuk, lebih-lebih lagi waktu puncak iaitu pada sebelah pagi dan petang tanah yang tidak bermilik dan bertindih milik makin dilihat makin menyakitkan mata dengan kewujudan hutan rimba berkelompok itu.Terdapat juga projek perumahan terbengkalai dan perumahan terbiar yang menyakitkan mata dan hati, kawasan tidak terjaga seperti rumput tidak dipotong dan perparitan tidak terjaga, walaupun setengah kawasan sudah berada di bawah jagaan MPKj.



























LIHAT sajalah keadaan banjir yang berlaku akibat sistem perparitan yang tidak sistematik ini.Permasalahan ini sangat ketara dan jelas untuk dinilai bagaimana keadaan sebenar penempatan dan kehidupan masyarakat setempat pabila ditimpa hujan.deruan hujan yang sepatutnya meninggalkan momen-momen indah dikalangan anak-anak setempat,kini menimbulkan kebimbangan dan kegusaran buat ibubapa berikutan dari keadaan longkang dan sistem perparitan yang tidak diselenggara,pembuangan sampah yang seakan-akan menutup laluan air dikatakan menjadi punca utama akan persoalan yang timbul. walaupun permasalahan ini telah bergenerasi diwarisi oleh masyarakat ini, namun seakan-akan pihak yang berwajib hanya sekadar membutakan mata dan memekakkan telinga daripada mengatur langkah mencipta strategi untuk mengatasi permasalahan ini.(gambar diambil ketika banjir kilat oleh seorang ahli kumpulan kami pada 23 November 2014 sekitar jam 7.20pm- 9.00pm)












                                                     PROJEK TERBENGKALAI

projek terbengkalai sememangnya menjadi racun utama yang membarahkan jiwa penduduk disini. apakan tidaknya, batuan-batuan kongkrit yang terbiar ini seolah-olah menjadi tugu  dan simbol kepada pengenalan akan perkampungan Sungai Tangkas ini. projek yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan simbolik kepada kemajuan kampung ini akhirnya hanya menjadi penempatan buat si labah-labah. hal ini juga menimbulkan kegusaran buat penduduk dek kerana 'hotel bajet' ini seringkali dilihat digunakan untuk aktiviti persundalan dan tidak bermora seperti sarang khas buat penagih dan sebagainya











MASALAH SAMPAH

Akibat masalah kutipan sampah yang lewat dikutip dan ditinggalkan, ada segelintir penghuni mengambil jalan mudah membuang sampah-sarap dan sisa pepejal di kawasan terbuka termasuk di bahu jalan dan di persimpangan jalan.Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan penduduk taman berkenaan kesal dengan pihak yang menguruskan pembuangan sisa pepejal itu kerana didapati cuai apabila membiarkan sampah tidak diangkut secepat mungkin.

Penduduk, Mohamad Haris Abdullah, 42, berkata, selain diselongkar haiwan sama ada kucing atau anjing liar, sampah yang lewat diangkat di depan pintu rumahnya berulat dan busuk serta melimpah ke bahu jalan.

Menurutnya, penghuni tidak mempunyai kaedah lain untuk mengatasi masalah itu, selain membuang sampah sarap dan sisa pepejal di tempat terbuka yang jauh dari kawasan rumah.Antara luahan lainpenghuni tempatan apabila kami menanyakan tentang hal ini,rata-rata meninggalkan persoalan kami dengan nada kekesalan :

“Kami perlu berbuat demikian kerana tidak tahan bau meloyakan yang meresap ke dalam rumah, setiap kali membuka pintu sehingga menjejaskan kesihatan dan selera makan.

“Walaupun isu sampah sarap yang lambat diangkat dalam kawasan perumahan sering dilaporkan dalam media, namun masalah itu tidak diatasi dan berlarutan hingga kini,” katanya.

Mohamad Haris mendakwa, sebelum ini, lori pengangkut sampah masuk ke dalam kawasan perumahan itu setiap dua hari sekali, tetapi sejak kebelakangan ini, kerja mengutip sampah dilakukan antara empat ke enam hari sekali dan kadang-kadang melebihi seminggu.

Menurutnya, penduduk juga mengalami pencemaran bau agak teruk apabila sampah berulat dan busuk di dalam tong sampah diangkat oleh lori pengangkut sampah.

Katanya, air lelehan sampah daripada dalam lori melimpah di permukaan jalan, bukan saja mengotorkan tetapi menyebabkan pakaian yang dijemur di ampaian dicemari bau kurang menyenangkan.

“Masalah itu bukan baru tetapi sering berlaku dan sehingga kini tiada tindakan drastik diambil pihak terbabit. Selain mencemarkan pemandangan, longgokan sampah-sarap itu menimbulkan rasa kurang senang orang luar,” katanya.












1 comment:

  1. Hi, sorry to bother but can i hve the details of the head of this location for my research subject ?

    ReplyDelete