29 November 2014

            MESYUARAT KALI KEENAM


TARIKH  : 29/11/2014
HARI        : SABTU
TEMPAT  : FACEBOOK










Respon ahli: 4/7


PERBINCANGAN:
-ikuti perkembangan:
            Nasrun: laporan
            Nwk Ng: video
            Hisham: buat blog
            Yeo, Yee, Vivian: bantu Nwk Ng

Hal-hal berbangkit:
-muat naik gambar lawatan ke dua ke dalam fb

-maklumkan kepada ahli yang tidak respon tentang tugasan

26 November 2014

            LAPORAN AKTIVITI UNIVERSITI  
     
 KEBANGSAAN MALAYSIA





 BUTIRAN PROGRAM

                      
                        a) Penganjur           : Aprisiasi Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan
                                                         Malaysia
                        b) Tarikh                : 25 November 2014
                        c) Tempat               : Kampung Sungai Tangkas
                        d) Jumlah Peserta  : 7 orang Ahli Jawatankuasa




 25 NOVEMBER 2014/ SELASA
Waktu
Program
10:00 PAGI
Berkumpul para peserta untuk bertolak di hentian bas KDO
10.30
Sampai di tempat sasaran. Memulakan tinjauan dan temu bual para penduduk
12.30
Persiapan Diri & Solat
Makan Tengah Hari
2.00 petang
Melawat rumah JKK Kampung Sungai Tangkas
3.00 petang
Meneruskan temu bual dan tinjauan
6.00
Pulang ke UKM





 PENGISIAN AKTIVITI

TINJAUAN PERSEKITARAN
Antara aktiviti yang pertama kami lakukan apabila sampai disana adalah meninjau keadaan sekeliling Kampung Sungai Tangkas. Kami memerhati daripada sudut pembangunan masyarakat termasuk kegiatan masyarakat mahupun pembangunan kemudahan di sekeliling. Berikut Merupakan gambar-gambar kegiatan tinjaun.



Gambar sedang membuat tinjauan di kawasan perumahan dan petempatan penduduk




perbincangan dan taklimat ringkas kepada ahli




sedang memerhati pembangunan Sungai Tangkas




Melalui tinjaun yang kami jalankan, kami mendapati bahawa Kampung Sungai Tangkas merupakan sebuah kampung yang membangun. Hal ini demikian kerana kedudukan Kampung sungai Tangkas ini berda di kawaan yang sangat strategik. Lokasi Kampung ini berapa berdekatan dengan stesen KTM UKM. Selain itu kedudukannya yang begitu dekat dengan pusat Bandar menjadikan populasi penduduk dikawasan kampung tersebut kelihatan agak padat.

Dari sudut pemerhatian kami, kegiatan ekonomi penduduk pada tahap yang baik. Kami mendapati bahawa banyak kegiatan perniagaan yang dijalankan. Selain itu kami mendapati bahawa sambutan perniagaan terutama pada gerai makan mendapat sambutan di kalangan penduduk. Keadaan ini menunjukkan bahawa kegiatan kuasa beli penduduk pada tahap tinggi. Bukan itu sahaja, terdapat juga penyediaan perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, servis komunikasi dan sebagai nya menunjukkan kampung ini begitu lengkap dengan penyediaan servis keperluan harian penduduk.

Bukan itu sahaja, kami juga turut memerhati kemudahan prasarana penduduk. Kemudahan- kemudahan ini termasuklah penyediaan balai polis, sekolah, pusat tusyen, klinik dan sebagainya. Keadaan dapat memberi persepsi kepada kami bahawa Kampung Sungai Tangkas ini merupakan suatu kampung yang membangun. Kemudahan prasanan ini secara langsung memudahkan penduduk dalam memenuhi keperluan kehidupan. Sebagai contoh adalah kemudahan klinik yang dapat membantu penduduk  apabila memerlukan. Tinjaun kami juga, kami mendapati populasi masyarakat adalah kebanyakannya adalah terdiri daripada orang melayu. Kami mendapati hanya sedikit populasi masyarakat india dan china.

Setelah memerhati di sekitar Kampung Sungai Tangkas, kami juga mendapati bahawa terdapat beberapa kelamaham di kampung tersebut. Antaranya adalah sistem gerai yang tidak teratur dan terlalu terdedah kepada udara luar. Hal ini boleh menyebabkan mendatangkan penyakit terhadap pembeli. Selain itu, kami juga melihat bahawa system pembungan sampah di Kampung Sungai Tangkas juga tidak teratur. Hal ini menyebabkan sampah-sampah begitu banyak dan bertaburan di kawasan pembungan serta di tepi-tepi jalan. Keadaan yang sebegini boleh menyebabkan imej Kampung Sungai Tangkas dipandang serong.
Tuntasnya, sepanjang pemerhatian kami semasa berada di Kampung Sungai Tangkas, kami mendapati bahawa Kampung Sungai Tangkas merupakan suatu yang yang baik. Kampung tersebut merupakan salah satu kampung mempunyai kemajuan dan juga dalam proses yang membangun.



TEMU BUAL PENDUDUK
Selain membuat tinjauan di sekitar kawasan Kampung Sungai Tangkas, kami juga turut menemu baul beberapa orang penduduk mengenai pendapat dan pandangan mereka terhadap Kampung Sungai Tangkas.Semasa menemu bual, kami menanyakan beberapa soalan mengenai pandangan mereka terhadap Kampung Sungai Tangkas.


sedang menemu bual En. Ahmad Shafiee yang merupakan seorang guru tahfiz di Kampung Sungai Tangkas



menemubual sekumpulan pelajar  di GMI berhampiran 



menemu bual Puan Zaitun dan Puan Fatiana yang baru pulang dari bekerja.


Secara kesimpulan umum yang kami dapat simpulkan adalah kesemua pemduduk berpuas hati dengan frasarana yang disediakan. Mereka bersyukur kerana Kampung Sungai Tangkas merupakan suatu kampung yang kedudukannya adalah strategik kerana kedudukannya begitu dekat dengan pusat Bandar. Namun begitu, mereka masih mengharap agar pembangunan frasarana di Kampung Sungai Tangkas ini dapat dinaiktarafkan. Hal ini adalah untuk menambahkan keselesaan terhadap penduduk.
Bukan itu sahaja, mereka turut member respon terhadap sosio pekerjaan di kampung Sungai Tangkas. Bagi mereka, penduduk di sungai tangkas mempunyai pelbagai bidang pekerjaan dan bukan perniagaan semata-mata. Mengikut apa yang diterangkan, beberapa orang penduduk di Kampung Sungai Tangkas merupakan golongan professional dan ada juga yang merupakan usahawan yang Berjaya. Namun begitu, oleh kerana kesuntukan masa, kami tidak berkesempatan untuk bertemu dengan golongan yang dimaksudkan.


Mereka juga turut member komen terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sungai Tangkas. Mengikut pandangan mereka, mereka tidak terlalu memandang akan permasalahan terhadap kampung kerana bagi mereka kampung tersebut adalah kediaman mereka sendiri. Setelah kami menanyakan mengenai masalah pembungan sambah, beberapa sahaja yang bersetuju dengan pandangan kami dan yang selebihnya menafikan pembungan sampah merupakan suatu permasalahan terhadapt penduduk. Bagi mereka, masalah pembuangan sampah itu adalah terletak pada sikap individu seseorang.
       MESYUARAT KALI KELIMA


TARIKH  :  26/11/2014
HARI        : RABU
TEMPAT  : KANTIN KTHO

KEHADIRAN: 7/7

PERBINCANGAN:
 -pembahagian tugasan:
                    Nasrun    : Siapkan laporan
                    Nwk Eng: Buat blog
                    Hisham   : lawat lokasi kali ke dua
                    Yeo, Yee, Vivian: video

HAL BERBANGKIT:
 -tiada

PENUTUP:

 -terima kasih kepada semua yang hadir

24 November 2014

           MESYUARAT KALI KEEMPAT


TARIKH : 24/11/2014
HARI      : SELASA

TEMPAT: KANTIN KTHO

KEHADIRAN: 7/7


PERBINCANGAN:
-bersiap untuk melawat lokasi kajian secara berkumpulan
-semua ahli dapat jaga keselamatan sepanjang lawatan
-menemuramah beberapa orang penduduk
-bersiar-siar sekitar kawasan kajian
-melihat masalah dan kemajuan di kawasan kajian
-melawat ketua kampung (namun tiada)

Hal-hal berbangkit:
-hadiah (plug penghargaan) tidak dapat disediakan kerana masalah tempahan

Penutup:
- simpan semua bukti lawatan (gambar) dan muat naik dalam kumpulan fb

-terima kasih kepada semua ahli yang hadir