12 December 2014

KAMPUNG SUNGAI TANGKAS terletak berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bandar Baru Bangi. Kampung ini merupakan kawasan perkampungan Melayu. Pembangunan kawasan ini semakin rancak dengan penubuhan UKM pada tahun 1970. Selain itu, terdapat landasan kereta api yang melalui kawasan ini telah membawa pengembangan di kampung ini. Stesen komuter UKM telah dibina oleh pihak KTM bagi memudahkan mahasiswa UKM dan lain-lain institusi di Bandar Baru Bangi berulang-alik.


*sumber : Mr Google map :-)








Lihat sajalah fatamorgana yang tercipta disini,dengan berbekalkan kecantikkan yang asli,dengan panorama dikaki dan lereng penempatan tinggi,sudah tentu mampu mencipta momen yang indah untuk anak-anak disini  membesar.

pelbagai kemudahan yang dicipta bagi memudahkan penduduknya untuk menjalankan kehidupan seharian seperti sekolah,balai polis,klinik,tempat ibadat,dan sebagainya,



*berikut adalah antara kemudahan dan permandangan di Kampung Sungai Tangkas sepanjang lawatan kami ke sana :-)








                                                                                                               SEKOLAH









                                                            BALAI POLIS




                                                     KLINIK KESIHATAN

                                                 PENEMPATAN AWAM



                                                         TANGKI AIR SIMPANAN

                                  SISTEM KUMBAHAN





                                                 PUSAT KEAGAMAAN


                                                           PENAIKTARAFAN 




























IANYA  adalah sesebuah taman perumahan dibangunkan secara tradisi serta sempurna jika dinilai dari kedudukan serta keindahan landskapnya yang terletak diantara kehijauan alam dan ketenangan alam, manakan tidak anak-anak kecil mampu membesar dengan gelak tawa dalam kedamaian sebegini..Lantaran kecantikkannya dicipta diatas kerakusan manusia,maka terjadilah banyak permasalahan. Disebabkan pembangunan yang berasaskan kampung tradisi yang dari awal lagi tidak tersusun,maka munculah permasalahan dari segi infrastruktur dan saliran. Agak sukar rasanya  untuk disusun kembali bagi melengkapkan suatu  pembangunan yang lestari.


Lantaran Sungai Tangkas adalah Kampung Tradisi, maka banyak masalah timbul pabila berdepan dengan pembangunan yang tidak terancang. Misalnya  yang jalan sempit pabila  melalui bawah terowong keretapi (ktm), sering mengalami banjir pabila hujan sedikit lebat, termasuk banjir lumpur yang dilihat membusukkan lagi keadaan pabila alam diheret untuk menerima pembangunan yang tidak terancang, 

Bukan setakat itu sahaja,malah dengan kewujudan rumah tidak teratur seperti setinggan,berlaku kesesakan kerana jalan sempit tidak dapat menampung kenderaan keluar masuk, lebih-lebih lagi waktu puncak iaitu pada sebelah pagi dan petang tanah yang tidak bermilik dan bertindih milik makin dilihat makin menyakitkan mata dengan kewujudan hutan rimba berkelompok itu.Terdapat juga projek perumahan terbengkalai dan perumahan terbiar yang menyakitkan mata dan hati, kawasan tidak terjaga seperti rumput tidak dipotong dan perparitan tidak terjaga, walaupun setengah kawasan sudah berada di bawah jagaan MPKj.



























LIHAT sajalah keadaan banjir yang berlaku akibat sistem perparitan yang tidak sistematik ini.Permasalahan ini sangat ketara dan jelas untuk dinilai bagaimana keadaan sebenar penempatan dan kehidupan masyarakat setempat pabila ditimpa hujan.deruan hujan yang sepatutnya meninggalkan momen-momen indah dikalangan anak-anak setempat,kini menimbulkan kebimbangan dan kegusaran buat ibubapa berikutan dari keadaan longkang dan sistem perparitan yang tidak diselenggara,pembuangan sampah yang seakan-akan menutup laluan air dikatakan menjadi punca utama akan persoalan yang timbul. walaupun permasalahan ini telah bergenerasi diwarisi oleh masyarakat ini, namun seakan-akan pihak yang berwajib hanya sekadar membutakan mata dan memekakkan telinga daripada mengatur langkah mencipta strategi untuk mengatasi permasalahan ini.(gambar diambil ketika banjir kilat oleh seorang ahli kumpulan kami pada 23 November 2014 sekitar jam 7.20pm- 9.00pm)












                                                     PROJEK TERBENGKALAI

projek terbengkalai sememangnya menjadi racun utama yang membarahkan jiwa penduduk disini. apakan tidaknya, batuan-batuan kongkrit yang terbiar ini seolah-olah menjadi tugu  dan simbol kepada pengenalan akan perkampungan Sungai Tangkas ini. projek yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan simbolik kepada kemajuan kampung ini akhirnya hanya menjadi penempatan buat si labah-labah. hal ini juga menimbulkan kegusaran buat penduduk dek kerana 'hotel bajet' ini seringkali dilihat digunakan untuk aktiviti persundalan dan tidak bermora seperti sarang khas buat penagih dan sebagainya











MASALAH SAMPAH

Akibat masalah kutipan sampah yang lewat dikutip dan ditinggalkan, ada segelintir penghuni mengambil jalan mudah membuang sampah-sarap dan sisa pepejal di kawasan terbuka termasuk di bahu jalan dan di persimpangan jalan.Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan penduduk taman berkenaan kesal dengan pihak yang menguruskan pembuangan sisa pepejal itu kerana didapati cuai apabila membiarkan sampah tidak diangkut secepat mungkin.

Penduduk, Mohamad Haris Abdullah, 42, berkata, selain diselongkar haiwan sama ada kucing atau anjing liar, sampah yang lewat diangkat di depan pintu rumahnya berulat dan busuk serta melimpah ke bahu jalan.

Menurutnya, penghuni tidak mempunyai kaedah lain untuk mengatasi masalah itu, selain membuang sampah sarap dan sisa pepejal di tempat terbuka yang jauh dari kawasan rumah.Antara luahan lainpenghuni tempatan apabila kami menanyakan tentang hal ini,rata-rata meninggalkan persoalan kami dengan nada kekesalan :

“Kami perlu berbuat demikian kerana tidak tahan bau meloyakan yang meresap ke dalam rumah, setiap kali membuka pintu sehingga menjejaskan kesihatan dan selera makan.

“Walaupun isu sampah sarap yang lambat diangkat dalam kawasan perumahan sering dilaporkan dalam media, namun masalah itu tidak diatasi dan berlarutan hingga kini,” katanya.

Mohamad Haris mendakwa, sebelum ini, lori pengangkut sampah masuk ke dalam kawasan perumahan itu setiap dua hari sekali, tetapi sejak kebelakangan ini, kerja mengutip sampah dilakukan antara empat ke enam hari sekali dan kadang-kadang melebihi seminggu.

Menurutnya, penduduk juga mengalami pencemaran bau agak teruk apabila sampah berulat dan busuk di dalam tong sampah diangkat oleh lori pengangkut sampah.

Katanya, air lelehan sampah daripada dalam lori melimpah di permukaan jalan, bukan saja mengotorkan tetapi menyebabkan pakaian yang dijemur di ampaian dicemari bau kurang menyenangkan.

“Masalah itu bukan baru tetapi sering berlaku dan sehingga kini tiada tindakan drastik diambil pihak terbabit. Selain mencemarkan pemandangan, longgokan sampah-sarap itu menimbulkan rasa kurang senang orang luar,” katanya.












CADANGAN JALAN PENYELESAIAN BAGI PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK DI KAMPUNG SUNGAI TANGKAS





A) MASALAH SISTEM PERPARITAN YANG MENJADI PUNCA BANJIR KILAT 

1.Menambahbaikan sistem perparitan di tepi jalan raya dan di bawah terowong keretapi agar banjir
   tidak berlaku apabila hujan lebat.
2.pihak berkuasa perlu menambah bilangan pekerja  pembersihan dalam seminggu di kawasan yang      sering mengalami banjir.
3.



B) MASALAH SAMPAH SARAP

1.menambah  bilangan tong  sampah di kawasan Kampung Sungai Tangkas
2.memastikan pekerja pemungut dan penyelenggara sampah bertanggungjawab bagi memastikan    tiada sampah yang dicicirkan oleh lori sampah sepanjang perjalanan 
3.memastikan pekerja pembersihan  membersihkan setiap kawasan persekitaran tong sampah sampah
4.mengadakan kempen kesedaran dan gotong royong mingguan antara penduduk kampung


C) MASALAH PROJEK TERBENGKALAI

 1.menyiasat latar belakang kontraktor sebelum diberikan projek
 2.melantik kntraktor yang ada kewangan yang kukuh untuk melaksanakan projek
 3.menjual tanah bangunan terbengkalai kpd kontraktor yang berminat supaya dapat dibangunkan    kembali misalnya dijadikan kawasan perumahan atau kedai-kedai rumah.



D)CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKKAN

1.meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti lampu jalan raya dan membina parit atau longkang      yang lebih sistematik.
2.mewujudkan pembangunan yang lebih teratur dan sistematik.

3.mewujudkan kelab rukun tetangga untuk mengelakkan kejadian jenayah dalam kawasan Kampung      Sungai Tangkas.

11 December 2014

         MESYUARAT KALI KELAPAN




TARIKH : 11/12/2014
HARI       : KHAMIS
TEMPAT:FACEBOOK


Respon ahli: 7/7

PERBINCANGAN:
     -ahli diminta menghantar gambar dan profil
      -perkembangan tugasan:
            -tolong Hisham perbaik blog
            -manual blog dalam proses

Hal-hal berbangkit:
       -tempah tarikh perbentangan dengan pensyarah dalam facebook




10 December 2014

     PERJUMPAAN BERSAMA PENSYARAH



Tarikh        : 10 Oktober 2014
Tempat      : Bilik Encik Rafizi Salleh, Pusat Citra Universiti
Masa          :12.00 tengahari
Kehadiran  : 2 ahli



-Perjumpaan ini bertujuan untuk :

 Mendapatkan penerangan daripada pensyarah apresiasi teknologi maklumat, Encik Rafizi Salleh      berkenaan dengan pelaksanaan projek secara terperinci.

-Berbincang dengan pensyarah mengenai pendapat beliau tentang tempat kajian yang dipilih.

-Mendapatkan maklumat dan tips daripada pensyarah bagi melaksanakan projek ini dengan lebih  sempurna.

-mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan dengan pembentangan dan manual blog


-menyerahkan proposal dan report kepada Encik Rafizi Salleh untuk disemak.

6 December 2014

         MESYUARAT KALI KETUJUH


TARIKH : 6/12/2014
HARI       : SABTU
TEMPAT : FACEBOOK


Respon ahli: 7/7

PERBINCANGAN:

-perkembangan tugasan:
            Nasrun: laporan siap
            Nwk Ng: video siap
            Hisham: buat blog dalam proses
            Yeo, Yee, Vivian: bantu Nwk Ng menyiapkan video 

-tugasan lain:
            -tolong Hisham perbaik blog
            -Hishm dan Naqiuddin buat manual blog

Hal- hal berbangkit:

            -tiada

29 November 2014

            MESYUARAT KALI KEENAM


TARIKH  : 29/11/2014
HARI        : SABTU
TEMPAT  : FACEBOOK










Respon ahli: 4/7


PERBINCANGAN:
-ikuti perkembangan:
            Nasrun: laporan
            Nwk Ng: video
            Hisham: buat blog
            Yeo, Yee, Vivian: bantu Nwk Ng

Hal-hal berbangkit:
-muat naik gambar lawatan ke dua ke dalam fb

-maklumkan kepada ahli yang tidak respon tentang tugasan

26 November 2014

            LAPORAN AKTIVITI UNIVERSITI  
     
 KEBANGSAAN MALAYSIA





 BUTIRAN PROGRAM

                      
                        a) Penganjur           : Aprisiasi Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan
                                                         Malaysia
                        b) Tarikh                : 25 November 2014
                        c) Tempat               : Kampung Sungai Tangkas
                        d) Jumlah Peserta  : 7 orang Ahli Jawatankuasa




 25 NOVEMBER 2014/ SELASA
Waktu
Program
10:00 PAGI
Berkumpul para peserta untuk bertolak di hentian bas KDO
10.30
Sampai di tempat sasaran. Memulakan tinjauan dan temu bual para penduduk
12.30
Persiapan Diri & Solat
Makan Tengah Hari
2.00 petang
Melawat rumah JKK Kampung Sungai Tangkas
3.00 petang
Meneruskan temu bual dan tinjauan
6.00
Pulang ke UKM





 PENGISIAN AKTIVITI

TINJAUAN PERSEKITARAN
Antara aktiviti yang pertama kami lakukan apabila sampai disana adalah meninjau keadaan sekeliling Kampung Sungai Tangkas. Kami memerhati daripada sudut pembangunan masyarakat termasuk kegiatan masyarakat mahupun pembangunan kemudahan di sekeliling. Berikut Merupakan gambar-gambar kegiatan tinjaun.



Gambar sedang membuat tinjauan di kawasan perumahan dan petempatan penduduk




perbincangan dan taklimat ringkas kepada ahli




sedang memerhati pembangunan Sungai Tangkas




Melalui tinjaun yang kami jalankan, kami mendapati bahawa Kampung Sungai Tangkas merupakan sebuah kampung yang membangun. Hal ini demikian kerana kedudukan Kampung sungai Tangkas ini berda di kawaan yang sangat strategik. Lokasi Kampung ini berapa berdekatan dengan stesen KTM UKM. Selain itu kedudukannya yang begitu dekat dengan pusat Bandar menjadikan populasi penduduk dikawasan kampung tersebut kelihatan agak padat.

Dari sudut pemerhatian kami, kegiatan ekonomi penduduk pada tahap yang baik. Kami mendapati bahawa banyak kegiatan perniagaan yang dijalankan. Selain itu kami mendapati bahawa sambutan perniagaan terutama pada gerai makan mendapat sambutan di kalangan penduduk. Keadaan ini menunjukkan bahawa kegiatan kuasa beli penduduk pada tahap tinggi. Bukan itu sahaja, terdapat juga penyediaan perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, servis komunikasi dan sebagai nya menunjukkan kampung ini begitu lengkap dengan penyediaan servis keperluan harian penduduk.

Bukan itu sahaja, kami juga turut memerhati kemudahan prasarana penduduk. Kemudahan- kemudahan ini termasuklah penyediaan balai polis, sekolah, pusat tusyen, klinik dan sebagainya. Keadaan dapat memberi persepsi kepada kami bahawa Kampung Sungai Tangkas ini merupakan suatu kampung yang membangun. Kemudahan prasanan ini secara langsung memudahkan penduduk dalam memenuhi keperluan kehidupan. Sebagai contoh adalah kemudahan klinik yang dapat membantu penduduk  apabila memerlukan. Tinjaun kami juga, kami mendapati populasi masyarakat adalah kebanyakannya adalah terdiri daripada orang melayu. Kami mendapati hanya sedikit populasi masyarakat india dan china.

Setelah memerhati di sekitar Kampung Sungai Tangkas, kami juga mendapati bahawa terdapat beberapa kelamaham di kampung tersebut. Antaranya adalah sistem gerai yang tidak teratur dan terlalu terdedah kepada udara luar. Hal ini boleh menyebabkan mendatangkan penyakit terhadap pembeli. Selain itu, kami juga melihat bahawa system pembungan sampah di Kampung Sungai Tangkas juga tidak teratur. Hal ini menyebabkan sampah-sampah begitu banyak dan bertaburan di kawasan pembungan serta di tepi-tepi jalan. Keadaan yang sebegini boleh menyebabkan imej Kampung Sungai Tangkas dipandang serong.
Tuntasnya, sepanjang pemerhatian kami semasa berada di Kampung Sungai Tangkas, kami mendapati bahawa Kampung Sungai Tangkas merupakan suatu yang yang baik. Kampung tersebut merupakan salah satu kampung mempunyai kemajuan dan juga dalam proses yang membangun.



TEMU BUAL PENDUDUK
Selain membuat tinjauan di sekitar kawasan Kampung Sungai Tangkas, kami juga turut menemu baul beberapa orang penduduk mengenai pendapat dan pandangan mereka terhadap Kampung Sungai Tangkas.Semasa menemu bual, kami menanyakan beberapa soalan mengenai pandangan mereka terhadap Kampung Sungai Tangkas.


sedang menemu bual En. Ahmad Shafiee yang merupakan seorang guru tahfiz di Kampung Sungai Tangkas



menemubual sekumpulan pelajar  di GMI berhampiran 



menemu bual Puan Zaitun dan Puan Fatiana yang baru pulang dari bekerja.


Secara kesimpulan umum yang kami dapat simpulkan adalah kesemua pemduduk berpuas hati dengan frasarana yang disediakan. Mereka bersyukur kerana Kampung Sungai Tangkas merupakan suatu kampung yang kedudukannya adalah strategik kerana kedudukannya begitu dekat dengan pusat Bandar. Namun begitu, mereka masih mengharap agar pembangunan frasarana di Kampung Sungai Tangkas ini dapat dinaiktarafkan. Hal ini adalah untuk menambahkan keselesaan terhadap penduduk.
Bukan itu sahaja, mereka turut member respon terhadap sosio pekerjaan di kampung Sungai Tangkas. Bagi mereka, penduduk di sungai tangkas mempunyai pelbagai bidang pekerjaan dan bukan perniagaan semata-mata. Mengikut apa yang diterangkan, beberapa orang penduduk di Kampung Sungai Tangkas merupakan golongan professional dan ada juga yang merupakan usahawan yang Berjaya. Namun begitu, oleh kerana kesuntukan masa, kami tidak berkesempatan untuk bertemu dengan golongan yang dimaksudkan.


Mereka juga turut member komen terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sungai Tangkas. Mengikut pandangan mereka, mereka tidak terlalu memandang akan permasalahan terhadap kampung kerana bagi mereka kampung tersebut adalah kediaman mereka sendiri. Setelah kami menanyakan mengenai masalah pembungan sambah, beberapa sahaja yang bersetuju dengan pandangan kami dan yang selebihnya menafikan pembungan sampah merupakan suatu permasalahan terhadapt penduduk. Bagi mereka, masalah pembuangan sampah itu adalah terletak pada sikap individu seseorang.